fbpx

Amaran hujan berterusan hingga Rabu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan Sabah dan Sarawak hingga 28 Disember ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin yang sedang berlaku di Sabah dijangka sehingga 28 Disember ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.

“Luruan monsun yang sedang berlaku sehingga 27 Disember ini berpotensi membawa angin kencang dan ombak besar di Laut China Selatan, perairan pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya di sini hari ini.

Justeru itu katanya, MetMalaysia telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan yang kini melibatkan utara Sarawak esok manakala di negeri Sabah sehingga 28 Disember nanti.

“Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan dan perairan Laut Sulu sedang berkuat kuasa sehingga 27 Disember ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI