fbpx

Menyamar jadi doktor minta gambar tak senonoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mesej dari seorang individu yang menyamar sebagai doktor.

PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila ada ibu bapa mendedahkan bahawa aplikasi Telegram anak mereka dihubungi individu yang menyamar sebagai seorang doktor kononnya mewakili guru mereka bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Individu yang menghubungi pelajar-pelajar berkenaan itu didakwa telah menggodam akaun Telegram individu lain bagi menyembunyikan identitinya yang sebenar.

Melalui beberapa tangkap layar yang dikongsi di Facebook, doktor palsu tersebut meminta pelajar berkenaan untuk berkongsi gambar tubuh badan mereka bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Malah, individu sama juga memaklumkan bahawa pemeriksaan itu memerlukan pelajar itu untuk menunjukkan auratnya demi mengenal pasti masalah kesihatan seperti kanser payu dara dan sebagainya.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata golongan ibu bapa berasa bimbang sekiranya anak mereka menjadi salah seorang mangsa individu berkenaan.

“Ibu bapa yang beri anak telefon bimbit, rajin-rajinlah semak telefon anak dan sentiasa ingatkan mereka supaya tidak berkongsi apa-apa gambar mendedahkan diri mereka,” kata Hamidiah.

“Biasa dengar Telegram kena hack lepastu hacker minta duit. Lain macam hacker ini punya kerja,” kata Samad.

“Harap pihak polis dan KPM ambil berat tentang masalah ini, risau lebih ramai murid-murid jadi mangsa,” kata Siti Saleha.

“Cabaran masa kini adalah ajar orang bezakan ‘real’ dengan ‘fake’,” kata Maher.

“Ibu bapa yang terpaksa bagi anak telefon sebab ada ‘group’ kelas saya nasihatkan pakai email anda sendiri jadi segala aktiviti anak boleh dipantau,” kata Ain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI