REMBAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Seri Dr. Awaludin Said terlibat dalam kamalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk lori di Kilometer 27, Jalan Seremban–Tampin di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, Awaludin yang memandu kereta jenis Honda Accord dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius walaupun kenderaannya mengalami kerosakan.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori muatan batang besi mengekori terlalu rapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV.
“Lori terbabit kemudiannya melanggar belakang Honda BRV yang berhenti di hadapannya kerana jalan sesak. MPV berkenaan pula melanggar belakang kereta ADUN Kota.
“Penumpang belakang Honda BRV hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Rembau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE