fbpx

Cuaca baik hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini memaklumkan kebanyakan kawasan di semenanjung Malaysia adalah baik dan serta cerah.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya berkata, hanya terdapat hujan di beberapa tempat melibatkan kawasan di sekitar Batang Padang, Mualim dan juga Bagan Datuk, Perak di mana keadaan hujan itu dijangkakan akan beransur pulih dalam sedikit masa lagi.

“Sementara itu, di Sabah dan Sarawak pula dapat diperhatikan ketika ini hujan sedang berlaku di satu dua tempat melibatkan kawasan di sekitar pesisir pantai Kudat dan juga Sandakan yang mana dijangkakan keadaan hujan ini boleh berlanjutan dalam tempoh masa yang agak lama.

“Oleh itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran hujan berterusan peringkat waspada dan buruk sehingga 26 Disember,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan, ketika ini angin masih lagi bertiup dari timur laut menuju ke semenanjung Malaysia dengan kelajuan yang agak kencang sekitar 40 hingga 60 kilometer (km) sejam.

“Oleh itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang peringkat pertama, kedua dan ketiga melibatkan Tioman, Condore, Reef North, Bunguruan, Layang-layang, Palawan, Sulu dan Labuan.

“Oleh yang demikian, keadaan itu adalah bahaya untuk aktiviti laut seperti menangkap ikan, bot-bot kecil, perkapalan dan sukan laut,” ujarnya.

Selain itu MetMalaysia turut menasihatkan kepada penduduk di kawasan yang terlibat agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak diingini berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI