fbpx

Rashford perlu kekal prestasi terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG berharap Rashford mengekalkan prestasi terbaiknya selepas cemerlang membantu England pada Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berharap penyerang, Marcus Rashford dapat mengekalkan aksi konsisten menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di Old Trafford Rabu nanti.

Penyerang antarabangsa England itu membuktikan dia salah seorang penyerang terbaik kelab apabila menjaringkan gol solo ketika membantu United menewaskan Burnley 2-0 pada Piala Liga Inggeris (EFL) kelmarin.

Ten Hag menganggap aksi yang ditampilkan Rashford sangat positif, lebih-lebih lagi mereka pulang dalam keadaan kecewa daripada saingan Piala Dunia 2022 selepas tersingkir di pusingan suku akhir.

“Saya fikir dia bermain dengan sangat baik menerusi la­rian-larian yang dilakukan bagi menembusi benteng pertahanan lawan. Dia juga menjaringkan gol solo yang sangat baik bagi membantu pasukan.

“Rashford berada pada pres­tasi terbaik ketika ini, jadi saya harap dia boleh kekalkan fokus dan meneruskan aksi sedemikian apabila saingan Liga Perdana kembali bersambung nanti,” katanya.

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun itu sudah menjaringkan sembilan gol buat skuad The Red Devils dalam semua pertandingan musim ini dan Rashford akan terus menjadi sandaran selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo.

“Saya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan Rashford ketika perlawanan dan latihan. Sekarang kami mahu lupakan perkara yang sudah lepas (isu Ronaldo) dan fokus terhadap perlawanan akan datang,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI