fbpx

Tentera Israel tembak mati pemain bola sepak kelab Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain bola sepak sebuah kelab Palestin, Ahmed Daraghmeh mati ditembak tentera Israel di Nablus pada Khamis lalu. - Twitter

RAMALLAH – Pakar perubatan Palestin berkata bahawa tentera Israel menembak mati seorang pemain bola sepak kelab Palestin berusia 23 tahun dan mencederakan lima yang lain semasa konfrontasi di wilayah Tebing Barat semalam, lapor portal berita Al Jazeera.

Ahmed Daraghmeh cedera parah apabila penduduk Palestin berbalas tembakan dengan tentera Israel yang menyerbu bandar Nablus untuk mengiringi sejumlah penduduk Israel ke tapak yang dianggap mereka sebagai Makam Joseph di bandar tersebut.

Bunyi tembakan kedengaran dalam video amatur yang dirakamkan penduduk Palestin dari tingkap mereka.

Daraghmeh berasal dari bandar Tubas, manakala media Palestin melaporkan bahawa dia bermain bola sepak untuk kelab Liga Perdana Tebing Barat, Thaqafi Tulkarem.

Laman web bola sepak Arab popular, Kooora menyenaraikannya sebagai penjaring terbanyak untuk pasukannya pada musim ini dengan meledakkan sebanyak enam gol.

Tidak jelas sama ada dia mengambil bahagian dalam konfrontasi itu.

Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza berkata bahawa Daraghmeh adalah anggota pergerakan tersebut tetapi tidak menyatakan sama ada dia terlibat dalam pertempuran yang menyebabkannya terkorban. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI