fbpx

Gangguan bekalan elektrik di Terengganu pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas TNB sedang membaiki kerosakan pada salah sebuah pencawang elektrik di Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Gangguan bekalan elektrik yang dialami sebahagian kawasan terjejas teruk banjir di Terengganu sejak Ahad lalu telah pulih sepenuhnya hari ini.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu berkata, Mohamad Mohyddin Mohd. Noor berkata, semua 393 pencawang elektrik terbabit telah kembali diaktifkan semula.

“Semua pencawang elektrik itu telah diberi semula bekalan sama ada menerusi talian grid TNB atau pun menggunakan set generator bergerak.

” Selain itu, pemantauan juga diteruskan di lebih 60 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi ketika ini,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Mohyddin menegaskan TNB mahu memastikan keberadaan bekalan elektrik di semua PPS yang masih beroperasi di Terengganu demi keselesaan mangsa banjir.

Jelasnya, penghargaan harus diberi kepada kakitangannya yang telah bertungkus-lumus untuk memulihkan semula bekalan elektrik yang telah terganggu di negeri ini sejak enam hari lalu.

Mohamad Mohyddin juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada semasa sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di rumah masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI