fbpx

Selebriti Instagram Indonesia terkejut nasi padang dijual RM2.84

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Dinan Fajrin dan suaminya, Doni Salmanan. - Instagram/@dinanfajrina

JAKARTA – Seorang selebriti Instagram Indonesia cantik, Dinan Fajrin yang mempunyai hampir satu juta pengikut mengaku tidak mengetahui terdapat nasi padang berlauk rendang berharga hanya 10,000 rupiah (RM2.84) di Jakarta, lapor portal berita suara.com semalam.

Wanita yang berhijab itu mengaku benar-benar tidak mengetahui terdapat nasi padang dijual murah kerana pada kebiasaannya, harga makanan itu bersama dengan rendang ialah antara 20,000 hingga 30,000 rupiah (RM5.68 hingga RM8.51).

Selebriti tersebut kemudian bertanya kepada netizen tentang lokasi jualan nasi padang tersebut kerana dia membelinya pada harga 39,000 ribu rupiah (RM11.07) dengan menggunakan perkhidmatan Gojek atau teksi online.

“Bukan perkara makanan yang dibeli mahal, memang benar aku enggak (tidak) tahu. Di daerahku memang belum pernah nemuin (menemui) nasi padang rendang 10 ribu rupiah,” kata Dinan di akaun Instagramnya.

Berikutan itu, seorang netizen menyindir Dinan dengan berkata: “Astaga sangat terkejut rupanya mendengar nasi Padang harga 10 ribu rupiah.”

Dinan, 24, merupakan isteri Doni Salmanan yang dulunya disebut-sebut sebagai ‘Crazy Rich Bandung’ atau ‘Orang terlampau kaya Bandung’ dan ketika mula-mula menikah, wanita tersebut kerap dicemuh kerana dia berkahwin disebabkan mahu menghabiskan harta suaminya.

Doni, 23, yang juga seorang pesohor media sosial dihukum penjara empat tahun baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam penipuan Platfrom Pelaburan Quotex Binary Option. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI