HULU SELANGOR – Mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa ke-31 kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini, ditemui petang tadi.
Terdahulu, tiga mayat terdiri daripada dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak dituntut oleh sebuah keluarga dari Kampung Machap Umboo, namun mereka masih belum menemui seorang lagi ahli keluarga iaitu seorang kanak-kanak.
Difahamkan, mayat tersebut akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.- KOSMO! ONLINE.