fbpx

PM tamat kuarantin, ujian saringan kedua negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian pengesanan Covid-19 kali kedua yang dilakukan ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Oktober lalu disahkan negatif.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, ujian saringan bagi sampel kedua terhadap Perdana Menteri itu disahkan negatif pada 15 Oktober 2020.

“Perdana Menteri sepanjang tempoh kuarantin kendiri (14 hari) telah disahkan negatif dan tempoh kuarantin kendiri beliau tamat pada 16 Oktober 2020.

“Walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa Covid-19 dalam negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat khas MKN Covid-19 secara sidang video pagi tadi dan mesyuarat itu berlangsung setiap hari bermula 7 Oktober lalu.

Muhyiddin menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menghadiri mesyuarat bersamanya pada 3 September lalu disahkan positif Covid-19.

Keputusan ujian pengesanan Covid-19 pertama yang dilakukan ke atas Muhyiddin dalam tempoh kuarantin tersebut turut disahkan negatif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI