fbpx

Jalan Batang Kali-Genting tidak terkena runtuhan tanah akan dibesarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (lima dari kiri) bergambar bersama beberapa penerima inisiatif tersebut di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor akan membesarkan jalan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang tidak terkena runtuhan tanah bagi membolehkan kenderaan ringan menggunakan jalan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hal itu dimaklumkan oleh Pengarah JKR Selangor, Ir. Lokman Nasir dalam satu pertemuan semalam.

“Pembesaran jalan tersebut akan dibuat sama ada di sebelah kanan atau sebelah kiri dan ia akan dibuat secepat mungkin.

“Hal ini dibuat kerana kita terima banyak permintaan supaya jalan tersebut dibuka kerana ramai yang tinggal di Batang Kali bekerja di Genting Highlands,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) di tapak karnival Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Menurutnya, pembesaran jalan tersebut akan dibuat secepat mungkin dan akan dimaklumkan kemudian sekiranya ia sudah siap dibina.

Beberapa akhbar tempatan melaporkan bahawa Jalan Batang Kali-Genting akan ditutup selama setahun bagi kerja-kerja membaiki jalan serta cerun yang akan dilakukan pihak JKR.

Hal ini menimbulkan keresahan daripada beberapa pihak kerana ada di antara mereka tinggal di Batang Kali dan bekerja di Genting Highlands, sekali gus menjadikan jalan tersebut jalan utama mereka untuk ke tempat kerja.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, tiada mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada minggu lalu yang tinggal di Selangor setakat ini.

“Ada satu lagi mangsa yang belum ditemui, tapi setakat pengetahuan saya, tiada mangsa kejadian tersebut daripada Selangor.

“Senarai mangsa sudah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan saya akan semak semula senarai tersebut selepas ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI