PELAKON Atikah Suhaime sebelum ini pernah menyamakan badannya persis seekor ikan paus. Itu semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mana tidaknya asyik makan tidur sahaja sehingga membuatkan badannya naik. Tapi sekarang, pelakon asal Singapura itu kelihatan sangat kurus. Rasa macam tak ada langsung lemak-lemak pada badannya. Dah macam badan model.
Perkongsian foto pelakon itu dalam Instagram miliknya menarik perhatian peminat termasuk rakan artis apabila menegur bentuk tubuhnya yang kelihatan ‘sekeping’.
Memang sangat kurus sehingga macam nampak tulang sahaja. Atikah okay ke tu? Janganlah disebabkan mahu kelihatan cantik sehingga mengabaikan kesihatan badan.
Nampak tak elok pula bila badan terlalu kurus. Rata-rata peminat menegur Atikah yang bimbang mengenai keadaannya.
“Kurus sangat sayang,” tegur rakan artis Salina Saibi.
“Kenapa makin kurus Atikah oi!” tegur seorang peminatnya.
“Kurus sangat tak elok,” kata seorang lagi pengguna Instagram.
Betul apa yang netizen tegur tu. Nampak kurus sangat pun tak elok. Macam orang sakit pun ada juga.
DIVA: Suka tengok gigi pelakon dan juga penyanyi Bella Astillah. Comel!