fbpx

Barang kemas? Fasha pilih kasih sayang suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASA dan kasih sayang suami adalah erti kebahagiaan sebenar buat Fasha Sandha.

JIKA wanita lain tergila-gilakan dan mengejar harta benda, kekayaan serta kemewahan, lain pula dengan pendirian Fasha Sandha.

Katanya, masa dan kasih sayang bersama keluarga merupakan punca kebahagiaan hidupnya.

“Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza.

“Ada yang bahagia apabila mendapat emas atau tas tangan mahal tetapi ini adalah kebahagiaan saya.

“Saya kurang suka barang kemas dan sederhana orangnya. Ini adalah erti kebahagiaan buat saya, masa dan kasih sayang,” kongsinya

Dalam perkongsian sama, dia turut memuat naik foto suami tercinta, Aidil Aziz sedang mengurut kakinya. Alahai, indahnya. Diva pun nak juga!

DIVA: Bagi Diva, emas tetap keutamaan, zaman sekarang kalau tak ada duit atau emas, merempat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI