PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk dan waspada di sebahagian negeri di Borneo hingga 26 Disember (Isnin depan).
MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan ia melibatkan negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.
“Amaran buruk, hujan lebat berterusan dijanka belaku di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
“Manakala peringkat waspada, hujan berterusan dijankga berlaku di Sarawak adalah di Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang; Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat serta di seluruh WP Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.