fbpx

Pegang tangan, Hariz Hamdan cuma promosi drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JELAS Hariz, foto berpegangan tangan dengan Abby yang dimuat naik dalam Instagram miliknya cuma untuk promosi drama lakonan mereka.

PETALING JAYA – Pelakon Hariz Hamdan menafikan sengaja mahu mencipta kontroversi selepas berkongsi gambar berpegangan tangan dengan bintang media sosial, Abby dalam Instagram.

Menurut Hariz, 20, dia tidak menyangka perkongsian gambar tersebut yang bertujuan mempromosikan drama terbaharu lakonan mereka menarik perhatian ramai.

Malah, ada peminat yang kecewa kerana menyangka Hariz dan Abby menjalinkan hubungan istimewa.

“Gambar tersebut memang dirancang untuk tujuan promosi, cuma saya tidak sangka orang ingat kami benar-benar bercinta.

“Walhal kami hanya bekerjasama untuk drama terbaharu. Saya memang tiada niat sengaja cipta kontroversi untuk raih populariti.

“Tetapi jika ada yang beranggapan begitu, terpulang kerana setiap orang memiliki pandangan masing-masing. Saya tidak kisah,” ujar Hariz ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam pada itu, ketika disoal secara peribadi adakah dia tidak kisah andai bercinta dengan wanita berbadan gempal, Hariz sambil tersenyum berkata, kecantikan seseorang bersifat subjektif.

“Saya tidak kisah jika dapat kekasih berbadan gempal atau yang kurus. Ada pelbagai sebab untuk seseorang jatuh cinta dengan wanita bukan kerana kecantikan semata-mata.

“Mungkin kerana keserasian, sikap yang ceria atau memahami. Namun, buat masa sekarang belum ada lagi kerana saya masih muda dan fokus pada kerjaya sahaja,” tutur Hariz.

Hariz dan Abby buat pertama kali disatukan dalam sebuah drama bergenre romantik komedi lapan episod untuk siaran Astro Gempak Original.

Terdahulu, gambar dan video romantis mereka tular selepas dimuat naik dalam akaun TikTok wanita itu dengan kapsyen: “From friend to lovers.” (Daripada sahabat kepada kekasih). – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI