fbpx

Tanah runtuh: Anggota SAR pengsan ketika cari baki mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiq Haikhal dibawa ke Hospital Selayang selepas pengsan sewaktu menyertai operasi SAR di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, hari ini. - IHSAN APM

HULU SELANGOR- Seorang petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) jatuh pengsan ketika mencari baki mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffry disahkan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor berkata, punca anggota tersebut pengsan adalah kerana kurang makan, minum air dan juga faktor cuaca yang panas terik.

“Faiq ditemui pengsan sekitar pukul 1.30 petang tadi di lokasi pencarian dan dengan segera dibawa keluar dari tempat tersebut.

“Mengikut jadual tugasan disediakan, dia ditempatkan di lokasi tersebut sejak pukul 8 pagi tadi,” katanya.

Menurutnya lagi, anggota tersebut sudah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, operasi SAR seorang kanak-kanak lelaki diteruskan pada hari kesembilan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, operasi SAR akan ditumpukan di sektor A (Hillview) yang dijangkakan lokasi terakhir mangsa berada.

Operasi tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi tadi melibatkan pasukan pemantau (recce) memulakan penilaian struktur tanah dan keadaan di lokasi pencarian utama.

Selepas proses memantau, Unit Anjing Pengesan (K9) digerakkan membuat pengesanan di sektor yang terlibat sebelum pasukan SAR memulakan operasi pencarian mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI