fbpx

Bot kenka tidak diusahakan pemilik, ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot kenka yang ditahan APMM di Kuala Kurau, Bagan Serai semalam.

BAGAN SERAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan kenka tempatan di kedudukan 0.1 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau pada sekitar jam 11.10 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang, pasukannya telah mengesan bot terbabit lalu ia dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal menemui seramai tiga kru nelayan tempatan termasuk tekong berumur antara 55 hingga 64 tahun berada di atas bot.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot mempunyai lesen yang sah, namun pemilik asal tidak mengusahakan sendiri.

“Bot itu turut disyaki menggunakan pemberat pukat yang melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semua kru nelayan bersama tekong, bot, peralatan menangkap ikan, 300 kilogram ikan dan udang campur ditahan serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik asal tidak mengusahakan sendiri bot dan disyaki menggunakan pemberat pukat melebihi had yang dibenarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI