fbpx

Polis rakam keterangan Anwar tanpa tekanan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan proses rakam keterangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilakukan tanpa menerima sebarang tekanan politik daripada mana-mana pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, keterangan beliau dirakam Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman membabitkan enam kes.

Katanya, siasatan dijalankan secara profesional tanpa menerima sebarang tekanan politik atau arahan daripada mana-mana pihak.

“Kita menggesa semua pihak memberi ruang sepenuhnya kepada pihak polis agar dapat menjalankan siasatan secara telus dan adil.

“Selain itu, tindakan tegas juga bakal diambil terhadap mereka yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Huzir, Anwar turut ditemani peguamnya, Ramkarpal Singh dan Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika hadir ke Bukit Aman.

Mengulas mengenai proses rakam keterangan, Huzir memberitahu penyiasatan tehadap Anwar dibuat membabitkan kes penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen dalam portal MH Daily yang menyokong beliau.

Jelasnya, sebanyak 113 laporan dibuat terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu termasuk aduan dalam kalangan mereka yang menafikan memberi sokongan.

“Selain itu, keterangan beliau juga dirakam membabitkan kenyataan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh atas kekurangan sokongan majoriti ahli dewan rakyat; kenyataan sidang media penyerahan dokumen sahih kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Turut disiasat kes liwat dan akuan bersumpah oleh Aidil Azim Abu Adam; video ucapan mengatakan kedai judi beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan video ucapan mendakwa terdapat 6.7 juta warga asing dalam negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI