fbpx

Bot tersangkut di jejambat sebelum sampai Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Treler membawa muatan bot gagal melepasi jejambat berdekatan Plaza Tol Gurun dekat Sungai Petani pada petang tadi.

SUNGAI PETANI – Sebuah treler membawa muatan bot gagal melepasi jejambat di Kilometer 89 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Gurun, dekat sini pada petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika kenderaan berat tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, treler berkenaan tidak berhadapan masalah ketika melalui jejambat lain yang berketinggian 5.5 meter sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur.

“Treler itu bagaimanapun gagal melepasi jejambat berhampiran Plaza Tol Gurun berikutan jarak ketinggian berkurangan menjadi 4.5 meter. Ia berikutan penambahbaikan struktur jalan dilakukan oleh pihak PLUS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihak PLUS bersama kakitangan peronda lebuh raya sedang melaksanakan proses untuk membawa keluar treler itu dari lebuh raya menggunakan Jalan Persekutuan, tengah malam ini.

“Proses ini perlu dilakukan pada tengah malam bagi mengelak berlaku kesesakan seterusnya membolehkan treler itu meneruskan perjalanan ke destinasinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI