fbpx

Arteta akui terhutang budi dengan Moyes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (kanan) tetap menghormati Moyes sewaktu bergelar pemain profesional bersama kelab Everton pada tahun 2005 sebelum berhijrah ke Arsenal tahun 2011. – AFP

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui masih terhutang budi dengan pengurus West Ham, David Moyes menje­lang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates pada Isnin depan.

Sebagai rekod, Arteta berada di bawah kendalian Moyes sewaktu bergelar pemain profesional bersama kelab Everton bermula musim 2005 sebelum berhijrah ke Arsenal tahun 2011.

Kata Arteta, banyak perkara positif yang dipelajari ketika di bawah bimbingan Moyes terutama dari segi pengurusan bola sepak dan sudah pasti pengalaman tersebut memberi makna berharga apabila sudah bergelar pengurus The Gunners ketika ini.

“Saya sangat gembira dengan apa yang saya lalui sepanjang karier sebagai pemain kerana berpeluang belajar dengan ramai individu hebat dan Moyes adalah salah seorang daripada mereka.

“Justeru, saya masih lagi terhutang budi dengannya dan dia juga cukup memberi sokongan penuh sehingga ke hari ini.

“Saya turut gembira dengan apa yang dia lakukan bersama West Ham ketika ini dan saya harap dia terus mengecapi kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Arteta akui tidak sabar untuk memulakan kempen EPL semula selepas berehat lebih sebulan kerana memberi laluan Piala Dunia 2022.

“Sebagai pendahulu, kami perlu teruskan momentum cemerlang dan harap tiga mata penuh dapat diraih memandangkan kelebihan kita beraksi di laman sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI