fbpx

Banjir: Remaja lemas dalam air bertakung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang remaja lelaki yang ditemui lemas di Kampung Paloh, Tendong, Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR MAS – Kegembiraan enam sahabat yang mandi-manda di kawasan takungan air banjir berhampiran kawasan litar motocross di Kampung Paloh, Tendong di sini hari ini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas.

Mayat Mohd. Nazmi Haikal Mohd Nasrul, 18, dijumpai oleh orang awam pada pukul 10 pagi tadi selepas usaha mencari remaja itu dijalankan di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.26 pagi.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mayat mangsa sudah dijumpai oleh orang awam.

“Berdasarkan maklumat, salah seorang daripada kumpulan remaja itu telah meminta bantuan orang kampung selepas menyedari mangsa tenggelam ketika mandi di dalam takungan air banjir itu,” katanya.

Ahmad Ridhuan memberitahu, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI