JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia nekad memotong kemaluan anak lelakinya yang sedang tidur, lapor laman berita Kumparan News.
J, 39, bertindak mencederakan anaknya selepas bergaduh dengan isterinya.
“Motifnya, sebelum ini J bertengkar dengan isterinya. Isterinya mengatakan anak mereka sudah besar dan perlu berkhatan,” kata Ketua Polis Daerah Tasikmalaya, AKPB Suhardi Hery Haryanto.
Ucapan yang dikatakan isteri J menyebabkan pasangan itu bertengkar selama beberapa hari.
“Akibat pergaduhan itu, suspek segera mengambil pisau cukur dan memotong kemaluan mangsa.
“Isteri meminta J membawa anaknya bersunat, namun dia belum mempunyai wang untuk bayaran berkhatan,” kata Hery.