fbpx

Tajuk video YouTube undang fitnah – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah akaun YouTube yang menulis tajuk fitnah terhadap Bella Astillah.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terkejut selepas mendapati terdapat sebuah video dalam YouTube menggunakan tajuk tidak betul mengenai dirinya yang dikatakan berlaku curang.

Bella menerusi InstaStory memuat naik tangkap layar video dimuat naik sebuah saluran YouTube iaitu Evvasea Channel menggunakan tajuk “Kini viral!! Bella Astilah kantoi curang, bawa lelaki masuk rumah??!!!!”

Tajuk tersebut dipercayai merujuk terhadap situasi rumah tangga Bella bersama suami, Aliff Aziz yang dingin kerana diganggu sihir pemisah baru-baru ini.

“Astaghfirullahalazim. Apa tujuan jenis tajuk yang begini? Kenapa suka tajuk yang ‘clickbait’? Untuk timbulkan fitnah?” katanya.

Enggan tajuk sebegitu menimbulkan masalah lain, Bella meminta pengendali akaun YouTube berkenaan memadam video tersebut dengan kadar segera.

“Minta pihak-pihak yang berkenaan untuk padam dalam kadar segera,” tegasnya.

Hasil tinjauan Kosmo! mendapati, video yang dimuat naik saluran berkenaan sejak sembilan hari lalu masih lagi wujud dalam YouTube.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 6,600 kali tetapi tidak menerima sebarang komen daripada subscriber YouTube.

Video berdurasi selama dua minit 44 saat tersebut memaparkan suara seorang wanita membaca artikel daripada sebuah portal hiburan tentang Bella dan Aliff yang berdepan masalah gangguan sihir.

Beberapa minggu lalu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, mendedahkan hidupnya bersama Aliff diuji dengan masalah sihir pemisah rumah tangga yang dihantar seorang wanita tidak dikenali.

Sepanjang lebih sebulan, pasangan itu mengalami beberapa perkara mistik antaranya Bella bermimpi ular, sementara Aliff pula bermimpi dia membawa pulang lelaki ke dalam rumah mereka dan bergaduh dengan lembaga hitam.

Akibat gangguan tersebut, pasangan itu sepakat mendapatkan rawatan perubatan Islam dan hubungan mereka kini semakin pulih.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohammad Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI