fbpx

Weiss tidak sanggup Laos dibelasah kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEISS mahu barisan pemain berwaspada dengan skuad Harimau Malaya yang dianggap salah satu pilihan untuk menjuarai Piala AFF 2022. – FAM

KETUA jurulatih Laos, Michael Weiss enggan anak-anak buah­nya dimalukan buat kali kedua dalam usaha melakar kejutan pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF 2022 menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Sebagai rekod, skuad Laos memulakan tirai saingan Piala AFF dengan langkah sumbang apabila tewas 0-6 kepada Vietnam dalam aksi pembukaan di laman sendiri pada Rabu lepas.

Kata Weiss, barisan pemain perlu berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan skuad Harimau Malaya yang dianggap sebagai salah satu pilihan untuk menjuarai kejohanan berprestij Asia Tenggara itu kali ini.

“Saya anggap pasukan Malaysia masih lagi memiliki kualiti kerana jika mereka kehilangan tonggak daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), namun masih mampu membentuk pasukan yang bagus, ini bermakna mereka ada liga yang terbaik.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan Malaysia adalah salah satu negara yang berpotensi untuk menjulang kejuaraan Piala AFF. Ini kerana saya telah mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia hampir 10 tahun.

“Justeru, saya harap pemain dapat memberikan sepenuh tenaga bagi memastikan keputusan positif dapat dilakar,” kata pengendali import dari Jerman berusia 57 tahun itu.

Sementara itu, Weiss mengakui pasukannya agak tempang kerana ada beberapa pemain yang masih mengalami kecederaan dengan kesebelasan terbaik hanya dapat ditentukan sebelum saingan bermula.

“Kita baru tiba malam tadi (kelmarin) dan ada beberapa pemain masih lagi perlu dipantau kerana mengalami kecederaan.

“Namun, saya percaya motivasi mereka untuk berikan yang terbaik buat negara masih membara meskipun tewas besar kepada Vietnam sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI