fbpx

Bekalan air pulih sepenuhnya pukul 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR SELANGOR

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Bekalan air ke beberapa kawasan di daerah Kuala Langat, Shah Alam dan Klang dijangka pulih sepenuhnya pukul 3 petang ini.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat pukul 10 pagi tadi didapati bekalan air telah pulih di Kuala Langat.

Bagaimanapun, katanya, pemulihan di Shah Alam dan Klang telah mencapai 84 peratus kawasan.

“Lapan kawasan masih dalam proses pemulihan adalah Jalan Raja Nong, Kampung Pulau Indah, Kampung Teluk Gong dan Kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa 2.

“Selain itu, Pulau Ketam, Taman Berjaya Kampung Jawa, Taman Sentosa dan Taman Sri Andalas,” katanya.

Gangguan air tidak berjadual sebelum ini berpunca daripada insiden paip pecah akibat pihak ketiga yang berlaku di kawasan Worldwide Seksyen U11 Shah Alam.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status semasa menerusi semua saluran komunikasi Air Selangor di Facebook, Twitter, aplikasi pintar Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI