fbpx

Tanah runtuh: Purata penggalian melebihi 70 peratus setiap sektor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Plot lokasi mangsa tanah runtuh Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditemui. SUMBER: Jabatan Bomba dan Penyelamat.

HULU SELANGOR- Purata penggalian di setiap sektor bagi mengesan mangsa tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands telah melebihi 70 peratus.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor dalam satu kenyataan hari ini.

“Kekuatan anggota Bomba dan Penyelamat hari ini adalah seramai 70 orang daripada jumlah keseluruhan anggota iaitu 91 orang.

“Operasi ini turut dibantu dengan sembilan unit eskavator dan sembilan ekor unit anjing pengesan (K9). Purata penggalian setiap sektor melebihi 70 peratus namun kita tumpukan pada Sektor C hari ini,” katanya.

Sehingga kini, seramai 19 orang mangsa telah ditemui di Sektor A (Hill View) manakala seorang mangsa di temui di Sektor B (Farm View).

Di Sektor C (Riverside) pula empat mangsa telah ditemui dan tiada mangsa ditemui di Sektor D (Green House).

Tiada perkembangan terkini setakat pukul 5.24 petang hari ini dari lokasi kejadian menjadikan jumlah mangsa maut masih kekal seramai 30 orang, manakala yang terselamat adalah 61 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI