fbpx

Bapa mentua meninggal dunia ketika Aleeya di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video dimuat naik oleh Aleeya di akaun TikTok miliknya.

PETALING JAYA – Seorang usahawan terpaksa melalui detik menyedihkan apabila bapa mentuanya meninggal dunia sewaktu dia dan keluarganya berada di Mekah bagi menunaikan umrah.

Aleeya Zailan yang juga seorang pempengaruh di media sosial (influencer) meluahkan rasa sedih akibat kehilangan bapa mentuanya, Abdul Aziz Baharum menerusi laman TikTok.

“Ini adalah dugaan buat kami sekeluarga dan saya berasa sungguh sedih kerana tidak dapat bersama-sama dengannya di saat-saat akhir.

“Anak-anak yang manja dan sayang kepada abah juga amat merindukan datuk mereka. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Kata Aleeya, dia sekeluarga telah melakukan solat jenazah ghaib untuk bapa mentuanya di Masjid Nabawi dan berharap agar mereka mampu menunaikan umrah bagi pihaknya.

Meninjau ruangan komen di TikTok, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Al-Fatihah buat atok Aziz. Saya sangat gemar melihat tok Aziz setiap kali Aleeya membuat siaran langsung. Sungguh sedih dan seakan-akan terasa dekat. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” komen seorang netizen, @norazizahzizah455.

“Walaupun hanya kenal di media sosial, tapi saya juga sedih akan kehilangan dan pemergian arwah tok Aziz,” komen pengguna lain, @atin_ekin.

“Sedihnya kerana tidak dapat bersama dengan arwah di saat-saat akhir dan saya tahu Aleeya dan keluarga adalah rapat dengan arwah,” tulis @mama_adeeb pula.

Hantaran tular tersebut telah meraih sebanyak 2,700,000 jumlah tontonan dan 274,100 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI