fbpx

Pekerja tapak projek UNHCR ditemui tergantung pada siling kabin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT pekerja tapak projek warga asing ditemui tergantung pada siling di kabin pekerja di Jalan Tembok di sini. FOTO : IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Seorang pekerja tapak projek warga asing ditemui mati setelah menggantung dirinya menggunakan beg nilon pada siling di kabin pekerja tapak projek perumahan di Jalan Tembok di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu pada pukul 8.40 malam.

“Saksi kejadian seorang penyelia tapak projek telah pergi ke kabin berkenaan pada 8.20 malam untuk memeriksa barang tetapi kabin itu berkunci.

“Penyelia itu telah mengintai dari tingkap kabin dan mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan kepada Pengurus Keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, pihak bomba telah ke lokasi kejadian dan berjaya memecahkan pintu kabin yang berkunci dari dalam.

“Siasatan mendapati lelaki itu menggantung dirinya menggunakan tali beg jenis nilon yang diikat pada siling kabin pekerja.

“Hasil pemeriksaan badan mendapati terdapat kesan jerutan pada leher mangsa, namun siasatan di kawasan sekitar menunjukkan tiada unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan jenayah,” katanya.

Jelas Nanda, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI