fbpx

Mahkamah: Pekerja ladang tipu 3 syarikat pelancongan dijel, denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haans Raj ketika diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang pekerja ladang yang menipu tiga buah syarikat pelancongan untuk menyerahkan tiket penerbangan bernilai RM26,588 membawa padah apabila dia dihukum penjara setahun dan tiga sebatan, oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

T.Haans Raaj , 22,dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, Wong Chai Sia dan Aina Azahra Ariffin.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu Isnin lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu tiga buah syarikat pelancongan dengan memperdayakan untuk menyerahkan tiket penerbangan iaitu RM4,960, RM15,397 dan RM6,231 kepadanya, menggunakan transaksi tidak wujud.

Sedangkan, syarikat-syarikat tersebut tidak akan bertindak sedemikian, sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan dilakukan di tiga lokasi berasingan di ibu negara, antara 8 Jun hingga 16 Disember lalu.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, B. Sareeka, Nur Hafiezah Mohamed Fauzi dan Nadia Eleena Jamaluddin Akbar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI