fbpx

China catat sejuta kes Covid, 5000 kematian sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berdiri di hadapan kawasan larangan di mana pesakit Covid ditempatkan di lobi Hospital Rakyat Nombor Lima Chongqing di Chongqing semalam. -- AFP

BEIJING – China bergelut de­ngan salah satu wabak Covid-19 paling buruk di dunia dengan keadaan dijangka menjadi bertambah teruk, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Negara Asia itu memansuhkan kebanyakan dasar Covidnya ketika kemunculan varian Omicron BF.7 yang menjadi punca bilangan kes harian melonjak.

Negara tembok besar itu merekodkan hampir sejuta kes Covid-19 dan sekitar 5,000 kematian setiap hari, lapor saluran berita Bloomberg berdasarkan satu analisis baharu.

Kajian itu dilakukan oleh firma berpangkalan di London, Airfinity yang mendedahkan bahawa situasi dijangka menjadi lebih buruk. Ia berikutan gelombang semasa mungkin mencetuskan peningkatan kes kepada hampir 3.4 juta pada Januari dan kemuncak penularan 4.2 juta kes pada Mac tahun hadapan.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan Rabu lalu, China sejak awal Disember lalu, melaporkan hampir 3,000 kes dan kurang daripada 10 kematian sehari.

Bagaimanapun, hospital-hospital di negara Asia itu menerima bilangan pesakit yang tinggi pada setiap hari.

Berdasarkan analisis, pendu­duk kini bergantung kepada laporan ujian saringan mereka kerana pihak berkuasa telah menutup kebanyakan pusat ujian dan berhenti merekodkan setiap jangkitan dalam laporan ujian mereka.

Ketua vaksin dan epidemiologi Airfinity, Louise Balir berkata, data rasmi yang dikeluarkan tidak mungkin menjadi gambaran sebenar wabak Covid yang berlaku di seluruh dunia.

“Perubahan ini boleh me­nge­cilkan tahap kematian yang dilihat di China,” katanya.
Phak berkuasa China selanjutnya merancang untuk mengu­rangkan keperluan kuarantin untuk pelancong luar negara mulai Januari tahun depan susulan pembatalan kebanyakan dasar sifar Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI