fbpx

LZS agih barang percuma kepada asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menganjurkan kembali program agihan barang percuma khususnya kepada golongan asnaf di
ibu pejabatnya di Seksyen 13, di sini, esok.

LZS dalam kenyataannya memaklumkan program dikenali Free Market itu akan bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, antara barangan disediakan seperti pakaian, perkakas elektrik dan mainan sumbangan orang ramai.

“Ini merupakan acara tahunan sejak beberapa tahun lalu namun terhenti ketika penularan wabak Covid-19.

“LZS sebagai pusat bantuan dan segala barangan disumbang oleh penduduk,” katanya di sini.

Jelasnya lagi, tawaran barangan tersebut adalah untuk orang ramai namun LZS mengutamakan golongan asnaf.

Tambahnya, orang ramai yang mahu mendapatkan barangan tersebut digalakkan meminta izin dan ambil yang perlu sahaja.

“Individu yang berminat untuk menyumbang barangan keperluan boleh menghubungi talian 01123251159 dan 0133326262,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI