KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia kira-kira pukul 11.52 malam tadi.
Menurut anaknya dalam satu kenyataan, solat jenazah dilangsungkan pagi tadi di Bukit Damansara selepas solat Subuh.
“Namun demikian, kami mohon maaf prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah. Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak.
“Dimohon agar kita semua dapat mendoakan buat Almarhum, semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan yang beriman dan para solihin,” katanya. – K! ONLINE