fbpx

Warga Indonesia maut kereta terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terbabas ke dalam parit di Kg. New Colombia dekat Manjung hari ini.

MANJUNG – Seorang warganegara Indonesia maut setelah kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Kg. Ayer Tawar, Kg. New Colombia dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7.22 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Proton Iswara yang telah terbabas ke dalam parit.

“Terdapat empat mangsa lelaki dewasa warganegara asing terlibat dalam kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak hospital mengesahkan seorang lelaki iaitu pemandu kereta maut di lokasi, manakala tiga penumpang telah mengalami kecederaan.

“Anggota melakukan kerja penyelamat menggunakan peralatan Res-Q dan pengusung manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI