fbpx

94 lokasi bencana dikenal pasti di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan di Jambatan Kursial, Tanah Merah yang terhakis akibat banjir yang berlaku pada Ahad lalu. FOTO ROSMIZAN RESDI

TANAH MERAH – Kementerian Kerja Raya mengenal pasti sebanyak 94 lokasi bencana yang berlaku di seluruh negara setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah tersebut melibatkan 52 jalan negeri dan 42 jalan persekutuan di lapan buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Perak dan Kedah.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 61 lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (19 lokasi), jalan runtuh (5 lokasi), jalan mendap (6 lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (3 lokasi).

“Terengganu dan Kelantan mencatatkan kawasan yang paling banyak terjejas akibat bencana iaitu masing-masing dengan sebanyak enam daerah.

“Empat daerah di Pahang dan Negeri Sembilan, dua daerah di Kedah dan Johor selain satu daerah di Selangor dan Perak turut terjejas,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Jambatan Kursial, Tanah Merah yang terjejas apabila berlaku runtuhan dan hakisan tebing akibat banjir pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, setakat ini, pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat dan jumlah kerugian akibat bencana berkenaan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.

“Kita akan segera baik pulih lokasi terjejas akibat bencana dengan memberi tumpuan di kawasan seperti Batang Kali, Selangor,”katanya.

Sementara itu, sempena lawatannya ke Kelantan, menurut Alexander, beliau mengadakan tinjauan di laluan Jalan Persekutuan FT003 di Seksyen 664 laluan Kota Bharu – Kuala Terengganu yang ditenggelami air pada Ahad lalu sedalam 0.75 meter (m) sejauh 500 m.

Katanya, terdapat kerosakan pada permukaan jalan yang memerlukan pembaikan segera dan melibatkan anggaran kos pembaikan sebanyak RM850,000.

“Seterusnya di jalan persekutuan FT004 Seksyen 281.5 Machang-Jeli telah berlaku runtuhan dan hakisan tebing pada kawasan bawah Jambatan Kusial, Tanah Merah yang mula dikesan Ahad lalu.

“Berdasarkan kajian, jambatan yang lebar dan 30 m panjang mengalami hakisan dengan kedalaman 5 m,” katanya.

Tambahnya, struktur jambatan berkenaan tidak terjejas dan laluan jambatan dibuka kepada penguna, namun pemantauan rapi tetap dijalankan Jabatan Kerja Raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI