fbpx

Kementerian Pertahanan tambah aset di negeri kerap terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tiga dari kiri) beramah-mesra dengan seorang orang kelainan upaya yang juga mangsa banjir di PPS SK Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pertahanan bersedia untuk menambah aset di kem tentera di Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan yang sering terjejas banjir saban tahun.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penempatan aset tersebut khususnya trak tujuh tan dan bot bertujuan melicinkan lagi operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir negeri berkenaan.

“Itu boleh diberi pertimbangan kerana negeri-negeri Pantai Timur ini memang terkesan banjir setiap tahun. Kekuatan anggota dan aset perlu ditambah.

“Begitu buat masa ini, kita merasakan mobilisasi aset dan anggota (dari negeri-negeri lain) tiada masalah dan tidak memakan masa,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, setakat ini, anggota dan aset dari Markas 4 Briged di Kuantan, Pahang telah dikerahkan untuk menampung keperluan operasi banjir di Terengganu.

Jelas beliau, ia disebabkan situasi banjir di Pahang pada masa ini tidak kritikal berbanding Terengganu dan Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI