fbpx

Salt Bae disiasat selepas bikin FIFA ‘kepanasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALT BAE (kiri) sempat bergambar dengan Lionel Messi bahkan memegang trofi Piala Dunia ketika kemeriahan sambutan Argentina menjulang Piala Dunia di Stadium Lusail, Doha Ahad lepas.

LONDON – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melakukan siasatan berhubung cef selebriti, Salt Bae, mendapat kebenaran berada di padang ketika skuad Argentina meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia di Stadium Lusail, Doha di Qatar Ahad lepas.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce, 39, yang berasal dari Turkiye menyiarkan beberapa gambar dirinya bersama trofi Piala Dunia di media sosial selepas perlawanan akhir Ahad lalu.

Cef tersebut memiliki rangkaian restoran stik mewah dan terkenal selepas beberapa siri video internet dirinya tular pada 2017 didapati bergambar dengan Lionel Messi dan beberapa pemain Argentina lain.

Apa yang mengejutkan adalah kehadirannya sejurus selepas penyampaian trofi itu menjadi persoalan satu dunia, sekali gus menjadi subjek siasatan FIFA selepas mendapat kritikan meluas.

Selepas melakukan semakan, FIFA mengambil ketetapan bagaimana seorang individu mendapat akses masuk ke padang selepas majlis penutup di Stadium Lusail pada 18 Disember lalu.

“FIFA sedang melakukan siasatan bagaimana individu mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang selepas majlis penutupan di Stadium Lusail pada 18 Disember.

“Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil,” kata kenyataan FIFA semalam.

Awal bulan ini, Salt Bae telah menyiarkan gambar-gambar pada Instagram bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino selain bekas bintang dan legenda Brazil, Ronaldo, Cafu dan Roberto Carlos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI