fbpx

AINAA Beauty perkasakan usahawan berusia 25 tahun ke bawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hafiz (empat dari kiri) pada majlis sesi santai bersama pempengaruh dan media di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – AINAA Beauty, pengeluar produk penjagaan kecantikan, mahu terus aktif pada tahun depan untuk memperkasa golongan muda di bawah umur 25 tahun untuk terlibat dalam dunia perniagaan sekali gus menjana hasil lumayan hasil bimbingan daripada syarikat.

Pengasas syarikat, Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad berkata, persekitaran ekonomi yang makin sukar kini telah mendorong ramai yang mencari pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi dan ini memberi peluang kepadanya untuk fokus membantu golongan muda yang bersemangat kuat.

Menurut beliau, antara langkah bijak yang boleh diterokai mereka adalah menyertai sistem perniagaan yang mengamalkan konsep ejen dan stokis yang telus dan bersih.

“Kitaran sistem ejen dan stokis yang tidak sihat akan  hanya menguntungkan satu belah pihak sahaja jadi ini akan mengakibatkan lebih ramai lagi anak muda di luar sana hidup dalam kesakitan.

“Sehubungan itu,  adalah penting bagi masyarakat untuk dididik dan didedahkan dengan jenama-jenama produk lokal yang menggunakan sistem ejen dan stokis dengan betul,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Hafiz, menjelaskan, bagi mencapai misi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat termasuk golongan muda mengenai isu tersebut, syarikat telah menganjurkan kempen Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru demi memacu masa depan ekonomi negara dan kestabilan kewangan golongan B40 muda.

Tambah beliau, setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 usahawan.

Ia disokong oleh pasukan pengurusannya serta dibantu 10 stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.  -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI