fbpx

Influencer ditawar jadi model bertudung tapi nampak betis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bermodalkan gambar profil milik orang lain, individu dipercayai ‘scammer’ cuba memperdaya seorang pempengaruh media sosial (influencer) untuk sesi penggambaran bertemakan satin kebaya.

Berkongsi kisah tersebut menerusi laman Twitter, influencer dikenali sebagai @Tywerdsz_ telah memuat naik tangkap layar perbualan antara dia bersama seorang individu yang kononnya jurugambar.

Melalui perbualan itu, jelas kelihatan individu tersebut menawarkan jumlah bayaran tinggi sekiranya dia sanggup bergambar memakai tudung tetapi kain menampakkan betis.

“Pemilik gambar sebenar (@ChikNabil), tampil menafikan bahawa bukan dia yang menghantar pesanan kepada saya di Instagram. Sudah terang lagi bersuluh, itu merupakan akaun palsu dan kini akaun scammer tersebut menggunakan gambar orang lain pula,” jelasnya.

Sehubungan itu, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen di laman sosial yang sama.

“Pakai tudung tetapi kain nampak betis? Lain macam tema ‘jurugambar’ itu,” komen seorang netizen di Twitter, @NadzreenSheikh.

“Hanya dengan memerhatikan cara dia mengirim pesanan saja boleh agak bahawa individu itu merupakan seorang scammer. Sungguh tidak professional,” tulis pengguna lain, @tweetsbunga.

“Saya juga baru ditipu di laman sosial Facebook. Selepas saja selesai membuat pemindahan wang, individu tersebut kononnya hendak mengirim telefon bimbit Iphone yang saya beli. Malangnya, akaun tersebut hilang serta-merta,” ciap seorang lagi pengguna di media sosial tersebut, @deppressone.

Hantaran tular tersebut telah meraih 4,097 ciap semula dan 9,061 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI