fbpx

Terjatuh ketika sedang baiki saluran paip Lata Tembakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi Abdul Wahab disyaki terjatuh ketika melakukan kerja membaiki saluran paip di Lata Tembakah, Besut hari ini.

BESUT – Seorang pekerja syarikat kontraktor penyenggaraan paip dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Lata Tembakah yang terletak di Sungai Tenang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.02 petang itu, mangsa, Abdul Wahab Mat Sulaiman, 25, disyaki terjatuh ketika berada di tingkat lima lata berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerteh, Mohd. Tarmimi Che Musa, berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan sedang melakukan kerja-kerja membaiki saluran paip di taman rekreasi berkenaan.

“Dia kemudiannya dipercayai terjatuh ke dalam lata berkenaan.

“Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian tersebut,” katanya di sini semalam.

Mohd. Tarmimi berkata, setakat ini, Abdul Wahab masih belum dijumpai dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat berdepan cabaran ekoran arus deras Lata Tembakah disebabkan musim tengkujuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI