fbpx

Tanah runtuh: Seorang lagi mangsa belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat membawa keluar mayat mangsa yang ditemui pagi tadi di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

HULU SELANGOR- Seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands masih lagi belum ditemui setelah memasuki hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata, mangsa tersebut merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang tidak dapat dikenal pasti lingkungan usianya.

“Setelah membuat semakan, keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 92 orang, menjadikan seorang sahaja lagi mangsa yang masih belum ditemui.

“Walau bagaimanapun, ujarnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan masih diteruskan sehingga diberitahu,” katanya dalam satu sidang akhbar sekitar pukul 5.45 petang tadi.

Perkembangan terkini menyaksikan seramai 30 mangsa telah disahkan maut, manakala seorang lagi yang masih hilang daripada keseluruhan mangsa yang terlibat iaitu 92 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI