fbpx

382 batu karang dalam pundi hempedu pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor berjaya mengeluarkan batu karang tersebut satu demi satu dari pundi hempedu Yashoda dalam satu pembedahan selama dua jam. – Jam Press

NEW DELHI – Sepasukan doktor di India terkejut apabila menemui 382 butir  batu karang di dalam  pundi hempedu seorang wanita selepas pesakit mengadu mengalami sakit belakang selama berbulan-bulan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Pesakit itu bernama Yashoda Bai dari bandar Vijayraghavgarh, negeri Madhya Pradesh. Dia  menyedari ada sesuatu tidak kena dengan dirinya selepas mengalami sakit belakang yang berpanjangan, lapor agensi berita Jam Press.

Yashoda turut mengalami sakit dada, namun tidak mengetahui puncanya.

Tanpa dia menyedari, pundi hempedunya dipenuhi dengan batu menyerupai kerikil.

Ahli keluarga Yashoda membawanya ke hospital bagi mengetahui punca  kesakitan yang dialami wanita berkenaan.

Imbasan sonografi  mendedahkan bahawa Yashoda mempunyai 382 butir batu  di dalam pundi hempedunya dengan ada yang bersaiz hingga 1 sentimeter.

Dinamakan batu karang,  ia merupakan mendapan cecair pencernaan yang mengeras dan terbentuk dalam pundi hempedu seseorang, demikian menurut Mayo Clinic.

Ia biasanya berlaku apabila paras kolesterol hempedu menjadi terlalu tinggi dan kolesterol berlebihan membentuk mendapan keras. Ia juga mempunyai berbilang saiz, daripada yang lebih kecil berbanding butiran pasir hingga sebesar bola golf.

Doktor berjaya mengeluarkan batu karang tersebut satu demi satu dari pundi hempedu Yashoda dalam satu pembedahan selama dua jam.

Dia kini dilaporkan semakin sihat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI