fbpx

Saintis rakam gambar tumbuhan bernafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej yang diperbesarkan memaparkan stoma tumbuhan pada daun Begonia rex cultorum. - Douglas Clark

SACRAMENTO, CALIFORNIA  – Sepasukan saintis dari Universiti California di bandar San Diego merakamkan video jarak dekat memaparkan pembukaan dan penutupan stoma, lapor akhbar Metro UK semalam.

Stoma ialah liang yang terdapat pada epidermis daun.

Dalam video tersebut, pergerakan stoma pada daun dilihat seperti tumbuhan itu bernafas.

Ia menjadi bukti bahawa tumbuhan membuka dan menutup stoma sebagai tindak balas kepada paras karbon dioksida yang berbeza.

Maklumat itu boleh memberi kesan besar kepada penyelidikan khususnya pertanian pada masa hadapan.

“Penemuan ini membolehkan penyelidik menyunting isyarat itu supaya tumbuhan boleh mencapai keseimbangan yang betul antara pengambilan karbon dioksida berbanding kehilangan air, serta membolehkan saintis dan penternak tumbuhan menghasilkan tanaman yang cukup kebal untuk persekitaran masa depan,” kata Jurucakap Yayasan Sains Kebangsaan (NSF) yang membiayai kajian itu, Jared Dashoff. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI