fbpx

Eropah dilanda wabak selesema burung paling dahsyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark dan Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark melupuskan beribu-ribu ayam belanda di ladang ternakan berhampiran perkampungan Ruds Vedby, bandar Soro pada 6 Januari lalu. - AFP

ROM, Itali – Benua Eropah dilanda wabak selesema burung paling dahsyat sejak setahun lalu, kata pihak berkuasa kesihatan Eropah ketika pakar-pakar mengkaji keperluan untuk vaksinasi.

Antara Oktober 2021 hingga September 2022, kira-kira 2,500 wabak selesema burung dikesan di ladang ternakan di 37 negara Eropah, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA), Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dan Kesatuan Eropah (EU).

Sepanjang tempoh tersebut, kira-kira 50 juta burung telah dihapuskan di ladang-ladang yang terjejas, lapor EFSA.

Jumlah itu tidak termasuk pemusnahan ayam, itik dan ayam belanda yang dilakukan sebagai langkah pencegahan, kata agensi-agensi kesihatan berkaitan kepada agensi berita AFP.

EFSA berkata bahawa buat kali pertama, tiada pemisahan yang ketara antara dua gelombang epidemik selesema burung pada tahun lalu. Ini kerana virus itu gagal dikawal semasa musim panas.

Pada musim luruh tahun ini pula, wabak itu lebih ganas berban­ding tahun lepas untuk tempoh sama dengan bilangan ladang yang terjejas 35 peratus lebih tinggi.

Antara 2 September hingga 10 Disember lalu, kira-kira 400 wabak selesema burung direkodkan di ladang ternakan di 18 negara Eropah. 

Virus itu juga dikesan lebih 600 kali pada burung liar terutamanya itik dan angsa, yang mungkin menyumbang kepada penyebaran virus selesema burung di ladang ternakan.

Pihak berkuasa kesihatan sedang mengkaji kemungkinan keperluan vaksin untuk menghentikan penyebaran virus itu.

Menurut ECDC, risiko jangkitan kepada manusia adalah rendah. Risiko tersebut pula adalah antara rendah dan sederhana bagi individu yang bersentuhan dengan unggas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI