fbpx

Ketua kampung antara lima ditahan miliki air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tok Beng Yeow

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

KULAI – Seorang ketua kampung antara lima lelaki ditahan kerana memiliki sejumlah 9.5 liter air ketum di sebuah pondok wakaf dan rumah di Felda Bukit Batu, Air Bemban dekat sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kesemua suspek ditahan berusia antara 25 hingga 52 tahun.

Katanya, antara yang ditahan dalam serbuan pada pukul 10.30 malam itu termasuklah seorang lelaki warganegara Myanmar.

“Berdasarkan maklumat orang awam, polis bertindak menahan lima lelaki, termasuk ketua kampung berkenaan yang berusia 52 tahun kerana memiliki air ketum.

“Hasil pemeriksaan mendapati sembilan peket lutsinar berisi air ketum dengan kandungan satu liter setiap peket serta satu botol minuman berisi 0.5 liter air ketum,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek dikenakan tahanan reman bermula hari ini hingga 18 Oktober bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan maksimum empat tahun penjara serta denda tidak lebih RM10,000,” tegas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI