fbpx

Tanah runtuh: Unit K9 keluar, operasi SAR ditangguh sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat ekor unit anjing pengesan (K9) pasukan bomba yang keluar daripada lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor.

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditangguhkan seketika ekoran hujan tanpa henti.

Turut dilihat beberapa anggota penyelamat dan Unit Anjing Pengesan (K9) mula keluar dari lokasi kejadian bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini semasa bertugas.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, operasi terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu.

“Keadaan cuaca yang kurang baik, operasi terpaksa diberhentikan seketika sehingga diberitahu,” katanya ringkas.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, operasi bermula sejak pukul 9 pagi tadi dengan kekuatan seramai 128 anggota.

Jelasnya, sebanyak 11 eskavator dan tujuh ekor unit anjing pengesan (K9) dari Polis Diraja Malaysia, JBPM dan Angkatan Tentera Malaysia turut dipergiatkan bagi membantu melancarkan operasi.

Dalam pada itu, empat mayat mangsa tragedi tanah runtuh ditemui pagi tadi menjadikan mangsa yang masih hilang berbaki tiga orang.

Penemuan itu menjadikan mangsa korban mencecah seramai 30 orang daripada keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 94 orang pada hari ketujuh operasi SAR. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI