fbpx

Pavandip idam sertai skuad senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAVANDIP sedia berusaha bersunguh-sungguh dalam usahanya untuk terpilih dalam senarai akhir 25 pemain skuad Malaysian Tigers.

PEMAIN tengah Kuala Lumpur, Pavandip Singh Gurdip Singh mahu memanfaatkan peluang terpilih menyertai sesi pemilihan skuad hoki senior kebangsaan untuk terpilih dalam senarai akhir 25 pemain daripada kalangan 38 pelatih.

Pavandip, 20, menganggap ia merupakan satu cabaran baharu dalam kariernya kerana langsung tidak menjangka namanya dipilih ketua jurulatih Malaysian Tigers, Arul Selvaraj untuk sesi pemilihan ketika ini.

“Saya berlatih dengan semua pemain tengah yang hebat dan ada antara mereka pernah ­beraksi di pentas Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja. Saya perlu cepat sesuaikan diri ­dengan latihan skuad senior.

“Walaupun saya masih baru tetapi mereka banyak memberi bimbingan kepada saya. Mereka tidak marah kalau saya ada buat silap, sebaliknya lebih banyak mengajar supaya dapat memperbaiki permainan saya.

“Secara peribadi, saya mahu terpilih dalam senarai 25 pemain akhir. Fokus saya sekarang bersama skuad senior walaupun umur saya boleh bermain untuk pasukan remaja kebangsaan,” katanya ketika dihubungi ­Kosmo! semalam.

Lebih menarik, pemain dari Bangsar itu boleh berlatih bersama Mohd. Fitri Saari memandangkan selama ini dia menjadikan bintang tengah Malaysian Tigers tersebut sebagai contoh kepada gaya permainannya di atas padang.

Justeru, Pavandip tidak rela mensia-siakan peluang keemasan untuk terpilih menyarung jersi Malaysia meskipun perlu bersaing merebut tempatnya dengan 12 lagi pemain di bahagian tengah pada sesi pemilihan ketika ini.

Sebagai rekod, Pavandip mempunyai adik perempuan yang kini dianggap bintang sedang meningkat naik berusia 17 tahun buat skuad hoki wanita kebangsaan iaitu Kirandeep Kaur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI