fbpx

Tiga bot, enam nelayan ditangkap guna bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara asing yang ditahan di sekitar perairan Sekinchan, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Kegiatan nelayan asing menangkap ikan menggunakan bubu naga tumpas dengan penahanan enam individu dan tiga bot di sekitar perairan Sekinchan di sini, semalam.

Bubu naga haram yang dirampas di sekitar perairan Sekinchan, Sabak Bernam.

Kesemua lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 55 tahun itu diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) secara berasingan dalam tempoh 45 minit bermula pukul 1 tengah hari.

Turut dirampas, sebanyak 135 set bumbu naga yang ditemukan di semua bot fiber tiada nombor pendaftaran tersebut.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, hasil pemeriksaan terhadap keenam-enam warga asing itu mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, susulan penangkapan mereka yang menaiki dua buah bot itu juga membawa kepada rampasan 130 set bubu naga dipercayai bagi penangkapan hasil laut.

“Kita juga telah menahan sebuah bot lagi dinaiki tiga awak-awak dan merampas lima lagi set bubu naga.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga individu itu berjaya meloloskan diri dan gagal dikesan selepas bertindak terjun ke laut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kesemua kes itu disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Jelas Siva Kumar, penangkapan ikan atau hasil laut menggunakan bubu naga boleh mengancam pertumbuhan habitat marin yang berpotensi pupus selain menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI