fbpx

Sinova sumbang 35 peratus hasil Siemens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Hoong (dua dari kanan) pada majllis pelancaran produk Sinova di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Siemens Malaysia menyasarkan rangkaian produk baharunya, Sinova bakal menyumbang kira-kira 35 peratus kepada hasil Kumpulan menjelang tahun 2026.

Naib Presiden, Ketua Unit Perniagaan Produk Elektrik Siemens Malaysia dan Singapura, Alvin Chan Choon Hoong berkata, melalui prestasi dan sumbangan tersebut kepada Kumpulan untuk perancangan masa depan, ia sekali gus bakal memberi kesan kepada ekonomi negara dan ke arah pertumbuhan pesat negara.

“Kami berbangga menjadi rakan kongsi teknologi pilihan Malaysia sejak 110 tahun lalu apabila membuat jualan pertama kami ketika itu dan kini membekalkan penyelesaian terkini bersesuaian dengan keperluan pelanggan.

“Pasaran ASEAN telah me­ningkat dengan pesat dan dikenal pasti sebagai rantau yang berpotensi membangun, didorong oleh perbandaran pesat serta pertumbuhan ekonomi.

“Terdapat juga peningkatan dalam pelaburan pembuatan di rantau ini disebabkan lokasinya yang strategik serta penggunaan perkhidmatan serta infrastruktur digital yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran Sinova di sini baru-baru ini.

Sinova adalah rangkaian komprehensif kawalan voltan rendah, pensuisan, perlindungan dan peranti pemantauan kuasa yang sesuai untuk infrastruktur, bangunan, utiliti dan aplikasi perindustrian.

Rangkaian baharu ini telah direka dan dibina mengikut pia­waian kualiti keselamatan dan kebolehpercayaan Siemens.

Choon Hoong menjelaskan, produk ini juga dipasarkan kepada segmen pengguna yang menggunakan produk pada harga mampu milik dengan kos yang efisien.

“Kami percaya sekarang adalah masa yang sesuai untuk syarikat menembusi pasaran menerusi rangkaian produk baharu.

“Kami yakin bahawa produk ini juga akan dite­rima dengan baik daripada pe­langgan.

“Kami berharap dengan kua­liti dan jenama Siemens yang boleh dipercayai, kami dapat membawa produk mampu milik kepada pasaran dan pengguna de­ngan pembaharuan terutamanya pada harga dan nilai kepada pe­langgan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI