fbpx

8 negeri berdepan hujan lebat, ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan sebanyak lapan buah negeri berdepan cuaca buruk ketika ini sehingga pukul 10 pagi nanti.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di sekitar negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Sementara itu, di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh kawasan Putrajaya.

“Cuaca buruk sama turut melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta tertumpu di semua kawasan di Melaka, pagi ini.

“Selain itu, hujan lebat serta ribut petir dilihat berisiko melanda Sarawak yang hanya tertumpu sekitar Miri (Miri), manakala bagi negeri Sabah, melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) termasuk di Labuan,” katanya, hari ini.

Jelas MetMalaysia, ekoran cuaca buruk tersebut, pihaknya turut mengeluarkan amaran ribut petir di kawasan-kawasan terlibat disebabkan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI