fbpx

Banjir: Kerajaan percepat projek tebatan banjir di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah,duduk) bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

PASIR MAS – Kerajaan memberi jaminan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan 2 akan diteruskan dan dipercepatkan tanpa kos berlebihan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek berkenaan ditangguh seketika kerana beliau mahu menjalankan proses tender meskipun secara tender terhad.

Menurutnya, langkah tersebut perlu diambil bagi memastikan tiada kos berlebihan digunakan dan peruntukan berkaitan akan disegerakan sebaik sahaja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menghantar laporan kepada Kementerian Kewangan.

“Saya beri jaminan sebaik sahaja JPS hantar laporan, Kementerian Kewangan akan menyegerakan peruntukan itu dengan syarat ia bukan rundingan terus untuk memastikan kos tidak meningkat.

“Saya minta JPS agar dapat menyelesaikan urusan ini pada akhir bulan ini, namun kita mungkin beri kelonggaran sehingga Januari. Cuma saya minta segerakan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jumlah peruntukan akan bergantung kepada proses tender yang akan ditetapkan kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI